Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu karya Rahman Shaari
Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu
|
Maksud
|
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
|
Penyajak menyatakan bahawa setiap anak mempunyai seorang ibu namun seorang ibu banyak memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak
|
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
"Buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk."
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
"Jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu."
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
"Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."
|
Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin membaca buku dan menuntut ilmu. Ibu juga berpesan supaya pilih kawan yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri, elakkan daripada memilih kawan yang mempunyai sifat pentingkan diri dan beperangai tidak baik.
Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya berhati-hati semasa keluar rumah kerana bimbang akan bahaya yang berlaku.
Anaknya berasa jemu mendengar nasihat ibu yang semakin bertambah.
Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga penampilan diri dan kesihatan.
|
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
|
Pada suatu hari kawan anaknya bersedih kerana ditinggalkan kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya itu seorang penipu dan telah ditangkap serta dilokap.
|
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu." Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
|
Anaknya berasa menyesal kerana melupakan pesanan ibu yang sering mengingatkan agar memilih kawan dengan betul. Selepas kejadian itu, anaknya mula menerima kebenaran pesanan ibunya. Dia juga merindui pesanan-pesanan ibunya.
|
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
|
Penyajak menerangkan bahawa dia sangat yakin dengan pesanan ibunya yang arif dalam menilai perkara baik dan buruk. Penyajak berjanji tidak akan jemu dan patuh akan nasihat ibunya. Tanggungjawab ibu sempurna apabila telah memberi nasihat kepada anak-anaknya.
|
Rahman Shaari
Anjung Deklamator, 2005
Pekan Ilmu Publications
|
Tema:
Tanggungjawab seorang ibu memberi nasihat kepada anaknya supaya tidak tersalah memilih jalan hidup.
Persoalan
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Keperihatinan seorang ibu
|
Prihatin
|
Ibu sentiasa prihatin akan keselamatan anaknya.
|
Kasih sayang seorang ibu
|
Kasih sayang
|
Anak- anak hendaklah menyayangi ibu yang memberi nasihat
|
Sikap berhati-hati dalam memilih kawan
|
Berhati-hati
|
Kita hendaklah berhati-hati dalam memilih kawan.
|
Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan
|
Rajin
|
Kita hendaklah rajin menuntut ilmu pengetahuan.
|
Tanggungjawab seorang ibu membimbing dan menasihati anaknya
|
Tanggungjawab
|
Seorang ibu hendaklah sentiasa memberi nasihat atau pesanan kepada anak agar mereka tidak terpengaruh dengan perkara negatif
|
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Repetisi
|
tapi ibu tetap ibu
|
Anafora
(perulangan perkataan pada awal baris)
|
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
|
Epifora
(perulangan perkataan pada akhir baris)
|
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
|
Responsi
(perulangan perkataan di tengah baris)
|
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk."
|
Sinkope
|
tapi ibu tetap ibu
|
Hiperbola
|
Jangan dipilih kawan berhantu."
|
Asonansi (i)
|
kini baru disedarinya
|
Aliterasi (h)
|
Mengenangkan nasib temanku itu
|
Rima akhir
|
Baris 1: aaa
Baris 2: aaaabbccaaaaaaaaaa
Baris 3: abbaacdddd
Baris 4: aabbbbbb
Baris 5: abccaaaaaa
|
cikgusimile.blogspot
No comments:
Post a Comment