Tuesday, January 2, 2018

SAJAK BINTANG karya SITI ZALEHA M. HASHIM

SAJAK BINTANG
MAKSUD
Suatu malam aku duduk
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.


Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumah sambil melihat keliauan bintang-bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke sana dan mengutip bintang-bintang itu untuk dibawa pulang ke rumah agar cahaya bintang itu dapat menggembirakan ibu dan membahagiakan ayah.
Tetapi kata ibu
itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

Ibu penyajak tidak bersetuju dengan tindakan penyajak yang ingin membawa bintang itu. Ibu  dan penyajak meluahkan bahawa penyajak merupakan bintang hati yang menerangi hidup dan jiwa mereka.
Sid Zaleha M. Hashim PuisI Tunas Bangsa, 2008 `K' Publishing, Sdn. Bhd.


Tema:
Kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
Persoalan
Nilai
Pengajaran
Tanggungjawab anak kepada ibu bapa
Bertanggungjawab
Kita hendaklah bertanggungjawab membahagiakan ibu dan ayah.
Kasih sayang antara ahli keluarga
Kasih sayang
Kita hendaklah memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga kita.
Mengagumi keindahan ciptaan tuhan
Rendah diri
Kita mestilah merendah diri dengan keagungan dan kehebatan tuhan mencipta alam semesta ini.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
Anafora
(perulangan perkataan pada awal baris)
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia

begitu juga ibu
begitu juga jiwa mereka
Epifora
(perulangan perkataan pada akhir baris)
Tetapi kata ibu
begitu juga ibu
Responsi
(perulangan perkataan di tengah baris)
tentu ayah bahagia
bintang hati ayah dan ibu.
Sinkope
kulihat cantiknya bintang-bintang
Simpulan  bahasa
bintang hati ayah dan ibu.
Metafora
bintang hati ayah dan ibu.

Inversi
tentu ibu gembira
Sepatutnya:Ibu tentu gembira

tentu ayah bahagia
Sepatutnya:ayah tentu  bahagia
Asonansi (u)
begitjuga ibu
Aliterasi (h)
di halaman rumah
Rima akhir
Baris 1: abccdcdded
Baris 2: aabaccaa

Nada:
Romantis
Senja di Palang Besi (Pena Alam)
Entri Maksud Setiap Rangkap di sini.

Kupasan

TEMAKeperitan dan kesepian yang dilalui oleh seorang banduan yang menjalani hukuman di dalam penjara.

PERSOALAN

  1. Menghargai kebebasan hidup dengan mematuhi undang-undang.
  2. Setiap kesalahan pasti ada hukuman.
  3. Belajar mencari hikmah di sebalik sesuatu perkara yang berlaku.
  4. Kehidupan di sel penjara yang penuh kesunyian dan rasa terasing.
  5. Penyesalan tidak berpenghujung atas kesalahan yang dilakukan.

BENTUK SAJAK
  • Berbentuk bebas.
  • Terdiri daripada tiga rangkap.
  • Jumlah baris setiap rangkap:
Rangkap 1 - 6 baris
Rangkap 2 - 6 baris
Rangkap 3 - 8 baris
  • Bilangan baris pada setiap langkah tidak sama.
  • Bilangan perkataan bagi setiap baris sajak - antara tiga hingga sembilan patah.
  • Jumlah suku kata dalam setiap baris - antara tujuh hingga 18 suku kata.
  • Rima akhir bebas.


NADA - Melankolik

 

GAYA BAHASA
  • Asonansi
pengulangan vokal a
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
pengulangan vokal u
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkn diri

  • Aliterasi
pengulangan konsonan p

tanppasir pantai atau silir angin


pengulangan konsonan n

menari mengikat ramah kekosongan
bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan

  • Metafora - jejari malam, samudera jiwa, kotak tidur
  • Inversi - Pilu wajahmu sang senja
  • Personifikasi - Senja mula menangis
  • Anafora
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam

  • Responsi
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam

  • Kata ganda - kuntum-kuntum, dedawai


NILAI

  • Kepatuhan
  • Ketabahan
  • Kesabaran
  • Keinsafan
  • Kebebasan
  • Keredaan

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang negara bagi mengelakkan diri dari dipenjarakan.
  2. Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang dikurniai oleh Tuhan.
  3. Kita hendaklah berfikir secara rasional, mengkaji baik buruk dalam membuat sebarang tindakan agar tidak tersilap langkah dan melakukan perkara yang negatif.
  4. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang kita lakukan.

 


Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu karya Rahman Shaari
Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu
Maksud
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.

Penyajak menyatakan bahawa setiap anak mempunyai seorang ibu namun seorang ibu banyak memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
"Buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk."
 Ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
"Jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu."
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
"Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."

Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin membaca buku dan menuntut ilmu. Ibu juga berpesan supaya pilih kawan yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri, elakkan daripada memilih kawan yang mempunyai sifat pentingkan diri dan beperangai tidak baik.

Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya berhati-hati semasa keluar rumah kerana bimbang akan bahaya yang berlaku.

Anaknya berasa jemu mendengar nasihat ibu yang semakin bertambah.

Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga penampilan diri dan kesihatan.

Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.

Pada suatu hari kawan anaknya bersedih kerana ditinggalkan kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya itu seorang penipu dan telah ditangkap serta dilokap.
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu." Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.

Anaknya berasa menyesal kerana melupakan pesanan ibu yang sering mengingatkan agar memilih kawan dengan betul. Selepas kejadian itu, anaknya mula menerima  kebenaran pesanan ibunya. Dia juga merindui pesanan-pesanan ibunya.  
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.

Penyajak menerangkan bahawa dia sangat yakin dengan pesanan ibunya  yang arif dalam menilai perkara baik dan buruk. Penyajak berjanji tidak akan  jemu dan patuh akan nasihat ibunya.  Tanggungjawab ibu sempurna apabila telah memberi nasihat kepada anak-anaknya.
Rahman Shaari
Anjung Deklamator, 2005
Pekan Ilmu Publications



Tema:
Tanggungjawab seorang ibu memberi nasihat kepada anaknya supaya tidak tersalah memilih jalan hidup.
Persoalan
Nilai
Pengajaran
Keperihatinan seorang ibu
Prihatin
Ibu sentiasa prihatin akan keselamatan anaknya.
Kasih sayang seorang ibu
Kasih sayang
Anak- anak hendaklah menyayangi ibu yang memberi nasihat
Sikap berhati-hati dalam memilih kawan
Berhati-hati
Kita hendaklah berhati-hati dalam memilih kawan.
Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan
Rajin
Kita hendaklah rajin menuntut ilmu pengetahuan.
Tanggungjawab seorang ibu membimbing dan menasihati anaknya
Tanggungjawab
Seorang ibu hendaklah sentiasa memberi nasihat atau pesanan kepada anak agar mereka tidak terpengaruh dengan perkara negatif

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
Repetisi
tapi ibu tetap ibu
Anafora
(perulangan perkataan pada awal baris)
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
Epifora
(perulangan perkataan pada akhir baris)
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
Responsi
(perulangan perkataan di tengah baris)
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk."
Sinkope
tapi ibu tetap ibu
Hiperbola
Jangan dipilih kawan berhantu."
Asonansi (i)
kini baru disedarinya
Aliterasi (h)
Mengenangkan nasib temanku itu
Rima akhir
Baris 1: aaa
Baris 2: aaaabbccaaaaaaaaaa
Baris 3: abbaacdddd
Baris 4: aabbbbbb
Baris 5: abccaaaaaa
cikgusimile.blogspot


Kijang yang Lelah 
 Wan Marzuki Wan Ramli
Maksud Setiap Rangkap di sini.


KUPASAN

TEMA
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan setelah habitatnya hampir musnah disebabkan penebangan pokok-pokok di hutan demi pembangunan.

PERSOALAN
  • Ketabahan menghadapi ujian dalam hidup.
  • Kecekalan dalam menghadapi hari-hari tua.
  • Sikap berhati-hati/berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan seharian.
  • Hak setiap makhluk dan ciptaan Tuhan untuk hidup selesa di muka bumi.
  • Kerakusan manusia demi pembangunan sehingga sanggup memusnahkan hutan.
  • Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran.
  • Kewarasan akal dan kekuatan hati akan membantu seseorang menghadapi kehidupan yang penuh mencabar.

BENTUK
  • Bebas
  • Mempunyai empat rangkap.
  • Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang  berbeza.
  • Bilangan perkataan bagi setiap baris - 2 hingga 7 patah kata.
  • Bilangan suku kata - 4 - 17 suku kata
  • Rima akhir - bebas

NADA
Melankolik

GAYA BAHASA
  • Aliterasi
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki. (konsonan k)
  • Asonansi 
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa. (vokal i)
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba. (vokal a)
  • Personifikasi
i. Sebak menyentap dahan kalbu
ii. Menghambat waktu yang bersisa
  • Metafora - dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin, perdu harap, temulang kudrat
  • Inversi - Diredah belantara yang mula teduh
  • Hiperbola - Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.
  • Kata ganda - berhati-hati

NILAI
  • Ketabahan
  • Kecekalan
  • Waspada
  • Dedikasi
  • Rasional
  • Kesederhanaan
  • Keikhlasan
  • Bijaksana

PENGAJARAN
  1. Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan sehari-hari.
  2. Kita perlulah cekal menghadapi hari tua dan menghabiskan sisa usia.
  3. Kita sewajarnya mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
  4. Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara demi manfaat bersama tanpa menindas mana-mana pihak.
  5. Kita seharusnya menggunakan kewarasan akal fikiran dalam melaksanakan sebarang tindakan.
  6. Kita perlulah menyeimbangkan pembangunan dan penjagaan alam sekitar agar tidak memusnahkan habitat haiwan liar.
  7. Kita mestilah reda menerima ketentuan takdir dengan hati yang ikhlas dan terbuka.
  8. Kita seharusnya bijak menangani masalah yang menimpa kita dalam kehidupan sehari-hari

Seloka Seloka Santap Istiadat (Za’ba)

Seloka Santap Istiadat
Maksud
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
Bukan santap hendakkan kenyang,
Santap santun dengan aturan.

Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut.
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman,
Sampai ke mulut mamah perlahan,
Tanda tidak gelojoh makan.
Selesai santap nasi —
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan
Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. Makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air.
Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua;
Dua suap, ketiga sudah,
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.

Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan
Ketujuh berkumur-kumur,
Ke delapan makan sirih;
Kelat jatuh ke rengkungan,
Seri naik ke peroman.

Selepas makan hendaklah berkumur-kumur. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri.
Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang silam.

Pengarang menjelaskan bahawa adab dan tatacara makan secara beradat dalam sesuatu majlis  telah diamalkan sejak zaman dahulu.
Za'ba
Kalung Bunga Za'ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka



Tema: Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

Persoalan
Nilai
Pengajaran
Persoalan adab sopan ketika makan
Sopan -santun
Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang makan.
Persoalaan keutamaan tatacara dan tertib semasa menjamu selera
Kepatuhan
Tetamu yang hadir hendaklah patuh dengan tatacara dan adab ketika makan
Persoalan kesederhanaan ketika menjamu selera
kesederhanaan
Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
Anafora
Santap beradat,
santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;

Repetisi
Santap beradat,santap istiadat,

Bahasa Istana
santap
Inversi
Bukan santap hendakkan kenyang,
Sepatutnya: santap bukan hendakkan kenyang
Metafora
Di dalam riwayat zaman yang silam.

Unsur Bunyi

Asonansi
(a)                       Perulangan vokal “a”

Kelima halwa juadah,

Aliterasi
(b)                      Perulangan konsonan “m”

Sampai ke mulutmamah perlahan,

Rima akhir
Rangkap 1: abacb
Rangkap 2: aaaabaa
Rangkap 3:aabcbc
Rangkap 5: ab

Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas atau tidak terikat.

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...