Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan kata, frasa dan ayat.
Kata Hubung | Contoh Penggunaannya |
Apabila | Para penonton tertawa apabila melihat telatah pelawak itu. *Kata hubung apabila tidak boleh digantikan dengan katabila. Bila sebenarnya merupakan kata tanya. |
Supaya / agar | Anda perlu berakhlak mulia supaya anda dihormati orang. (atau) Anda perlu berakhlak mulia agar anda dihormati orang. * Agar dan supaya mendukung makna yang sama .Oleh itu, pilihlah salah satu saja. |
Oleh sebab | Pertandingan syarahan itu diabtalkan oleh sebab tidak mendapat sambutan * Penggunaan oleh kerana salah kata sendi maesti diikuti oleh kata nama sebagai objek dan bukannya kata hubung |
Jika / sekiranya | Saya akan datang jika hari tidak hujan. Saya akan datang sekiranya hari tidak hujan. *Kata jika dan sekiranya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah salah satu saja. |
Latihan 1
Cari kesalahan dalam ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, baiki kesalahan tersebut.
1. | Saya menoleh ke belakang bila mendengar nama saya dipanggil orang. | |
Pembetulan: | ||
2. | Daud tidak peduli, sama ada menang dan kalah dia tetap mahu menyertai pertandingan itu. | |
Pembetulan: | ||
3. | Kamu hendak ke Ipoh ataupun Seremban? | |
Pembetulan: | ||
4. | Oleh kerana kepenatan, Juridah tertidur di ruang tamu rumahnya. | |
Pembetulan: | ||
5. | Jangan hendak menolong saya, menegur saya pun dia tidak mahu. | |
Pembetulan: | ||
6. | Saya yakin usaha yang berterusan pasti akan membuahkan kejayaan. | |
Pembetulan: |
Latihan 2
Bina ayat daripada kata-kata yang berikut.
1. | tetapi | |
Ayat: | ||
2. | kecuali | |
Ayat: | ||
3. | sekiranya | |
Ayat: | ||
4. | sungguhpun…namun | |
Ayat: | ||
5. | sejak | |
Ayat: | ||
6. | lalu | |
Ayat: |
Latihan 3
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.
1. | I | Murid-muirid bersorak gembira bila mendengar pemgumuman itu. |
II | Sebelum pulang, Kuhan mengunci pintu bilik itu. | |
III | Sejak kejadian itu, Lili dan Munirah tidak bertegur sapa. | |
IV | Oleh kerana ketakutan, Hwang tidak dapat menjawab soalan itu. | |
A | I dan II sahaja | |
B | II dan III sahaja | |
C | I, II, dan III sahaja | |
D | II, III, dan IV sahaja | |
2. | I | Sehingga kini, masalah itu masih belum selesai. |
II | Setelah perniagaannya gagal, barulah Junaidi sedar akan kesilapannya. | |
III | Walaupun hidupnya susah tapi dia tidak pernah meminta-minta daripada orang lain. | |
IV | Jangankan kapal terbang, kereta api dia belum pernah naik. | |
A | I dan II sahaja | |
B | II dan IV sahaja | |
C | II, III, dan IV sahaja | |
D | I, II, III, dan IV | |
3. | I | Beg kulit itu cantik tetapi harganya mahal. |
II | Baik abang mahupun kakak tidak suka berkebun sayur. | |
III | Umi tidak dapat menyaksikan konsert itu kerana dia tidak mempunyai tiket. | |
IV | Saya tahu kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah. | |
A | I dan III sahaja | |
B | II dan IV sahaja | |
C | I, II, dan III sahaja | |
D | II, III, dan IV sahaja | |
4. | I | Sejak dari semalam, hujan turun tidak berhenti-henti. |
II | Puan Leha berdoa anaknya kembali ke pangkal jalan. | |
III | Daging itu hendaklah direbus sehingga empuk. | |
IV | Jika kemarau berlarutan, tanam-tanaman pasti banyak yang akan mati. | |
A | I dan III sahaja | |
B | III dan IV sahaja | |
C | II, III, dan IV sahaja | |
D | I, II, III, dan IV | |
5. | I | Inas dan Rina sibuk membersihkan bilik darjah manakala rakan-rakannya yang lain asyik berbual saja. |
II | Setelah penat bekerja, Pak Mail berehat di bawah sebatang pohon. | |
III | Pengunjung yang datang bukan dari dalam negara tetapi juga dari luar negara. | |
IV | Semua pelajar sudah menyiapkan kerja mereka kecuali Hanif. | |
A | I dan III sahaja | |
B | II dan III sahaja | |
C | I, II, dan III sahaja | |
D | I, II, dan IV sahaja |
No comments:
Post a Comment