CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2011
TAJUK
MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY SIMULATION)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU AMPUAN JEMAAH, PELABUHAN KLANG.
1. Tajuk
Mempertingkatkan penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu menggunakan simulasi watak (Role Play Simulation)
2. Nama Penyelidik
3. Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang.
4. Latar Belakang Kajian
Penggunaan Bahasa Melayu masih lemah terutamanya dalam kalangan pelajar pinggir bandar dari segi penbendaharaan kata dan sebutan. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani demi menyahut cabaran untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dan versatile.
5. Masalah / Fokus Kajian
Pelajar sering menghadapi masalah apabila berkomunikasi dalam bahasa Melayu kerana mereka lemah dalam menyebut perkataan dengan betul dan penbendaharaan kata yang terbatas serta dipengaruhi oleh dialek bahasa ibunda dalam pertuturan seharian. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya pelajar intervensi (pemulihan) Tingkatan Satu di sekolah ini.
6. Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar sering gagal didalam ujian bulanan serta kurang berinteraksi dalam bahasa Melayu semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).
7. Objektif Kajian
Untuk meningkatkan penbendaharaan kata, serta dapat menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan di dalam bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.
8. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ialah seramai 30 orang yang terdiri daripada murid intervensi (pemulihan) Tingkatan 1.
9. Perlaksanaan Kajian
9.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah menyebut perkataan dan mempunyai penbendaharaan kata yang terhad semasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Pelajar juga sukar menghakis pengaruh dialek bahasa ibunda dalam sebutan bahasa Melayu mereka.
9.2 Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dan menghadapi masalah membuat ayat pertuturan. Ada kalangan pelajar yang boleh menyebut perkataan tetapi tidak memahami maksudnya.
9.3 Ujian Pencapaian
Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan.
9.4 Perancangan
Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah “Simulasi Watak (Roleplay)”.
9.5 Tindakan
Pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor. Mereka perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.
9.6 Pemerhatian
Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah. Ini kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.
9.7 Refleksi
Kaedah ini banyak membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam komunikasi kerana telah dapat mengatasi masalah penyebutan.
10. Kesimpulan
Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk bertutur dengan lancar dan memahami apa yang disebut.
SUMBER DARI SITI KHAIRIYAH SEJO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)
KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...
-
Bahasa istana Pengetahuan Umum. Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila berhubung atau ber...
-
KOMSAS Tingkatan 3 Bawod - Kupasan (Bahagian 1) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest ...
No comments:
Post a Comment