Saturday, January 8, 2011

Bahasa istana

Bahasa istana

Pengetahuan Umum.


Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja. Bahasa istana masih digunakan hari ini biarpun sistem feudal lama hanya tinggal sejarah.
Bahasa istana mungkin berasal dari bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau penggunaan bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana, atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab.
Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang berlainan wujud dalam bahasa Melayu, seperti “Nyōbō kotoba” sistem bahasa istana bagi bahasa Jepun, bahasa Jawa, dan banyak lagi termasuklah bahasa Inggeris.

Bahasa istana Melayu

Bahasa Istana↓Bahasa Biasa↓
AlmarhumAllahyarham
ampun kurniamaaf
anugerahberi; hadiah
bagindadia (raja menyapa rakyat)
beradutidur
berangkatberlepas; bertolak
bercemar duliberjalan; pergi ke
berkenansudi; suka akan
berputeraberanak; bersalin
bersabdaberkata
bersirammandi
bertitahberkata
betasaya (raja)
daulatbahagia
geringsakit
hari keputeraanhari jadi
hulukepala
iram-irampayung
kauskasut
kurniaberi; hadiah
mahkotatopi
makamkubur
mangkatmati; meninggal dunia
menghadapmenjumpai
murkamarah
patiksaya (rakyat menghadap raja)
peraduantempat tidur
permaisuriisteri
puteraanak lelaki
puterianak perempuan
santapmakan
semayamduduk; tinggal
sembahmemberi salam
singgahsanakerusi
titahkata; perintah

4 comments: