Saturday, January 8, 2011

Tajuk Komsas 2011 untuk pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 5.

Mulai tahun 2011, semua pelajar tingkatan 2 dan 5 akan meneruskan penggunaan teks antologi dan novel terbaharu bagi kumpulan pertama teks Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah rendah (PMR) dan menengah atas (SPM). Sepanjang tahun 2010, mereka telah pun menggunakan teks antologi Kesusasteraan Melayu dan novel terbaharu semasa di tingkatan 1 dan 4.

Pelajar di tingkatan 1 sebelum ini menggunakan antologi Kasut Kelopak Jantung di samping novel yang ditetapkan mengikut zon masing-masing. Pada tahun 2011, mereka akan menggunakan antologi baharu berjudul Gema Sepi Gadis Genius. Bagi zon Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, pelajar-pelajar tingkatan 2 akan menggunakan novel berjudul Lestari Bukit Menghijau, karya Syed Mahdzir, terbitan Star Trading Sdn. Bhd.

Sementara itu, bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2011 pula, mereka akan menggunakan teks antologi baharu berjudul Dirgahayu Bahasaku selain Harga Remaja yang digunakan semasa di tingkatan 4. Bagi zon Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, pelajar-pelajar tingkatan 5 akan menggunakan novel berjudul Sutera Dalam Lukisan, karya Abd. Talib Hassan, terbitan ABM SMAZ Creative.
Terima Kasih kepada http://munsyibm.blogspot.com/ atas maklumat berguna ini.

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...