Saturday, January 8, 2011

PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

BAB 5 – PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU
5.1 Ayat
Ayat ialah unit pengucapan / tulisan paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat mengandungi unsur klausa, unsur frasa dan perkataan. Terdiri daripada subjek dan predikat.
5.2 Binaan Ayat
Subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti ada dalam setiapayat. Subjek ialah suatu binaan yang menjadi hal atau judul percakapan atau penulisan, dan predikat pula ialah suatu binaan yang menerangkan perkara tersebut.
SubjekPredikat
Mirnawan Nawawipemain hoki berbakat di Malaysia
Penyair itusedang mendeklamasikan sajak
5.3 Golongan Ayat
5.3.1 Ayat Tunggal
Ayat tunggal atau ayat dasar, juga disebut ayat inti atau ayat mudah mengandungi satu klausa, iaitu hanya ada satu subjek dan satu prediakt. Contoh ayat tunggal adalah seperti yang berikut:
  1. i.            Dia / membaca akhbar itu.
  2. Ayah Hafiz / seorang kontraktor.
5.3.3 Pola Ayat Dasar
Ada empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu, iaitu:
POLACONTOH AYAT
Subjek + Predikat
1. Frasa Nama + Frasa Nama
2. Frasa Nama + Frasa Kerja
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif
4. Frasa Nama + Frasa Sendi
Subjek / Predikat
Guru saya / Encik Zainal Abidin
Anak kecil itu / sedang mengaji Al-Quran
Pelajar itu / sangat rajin
Dia / dari Gombak
5.4 Jenis-jenis Ayat
Berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya, ayat-ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis atau ragam sepert rajah dibawah:
5.4.1 Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk membuat satu pernyataan. Ayat jenis ini juga disebut ayat berita atau ayat keterangan, seperti dalam contoh-contoh berikut:
Za’ba tokoh agung bahasa Melayu.
Setiap 1 Syawal, umat Islam akan merayakan Aidil Fitri.
Shafiq sedang menguruskan perniagaan komputer milik bapanya.
5.4.2 Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
5.4.2.1 Ayat Suruhan
Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat suruhan subjek biasanya digugurkan, tetapi untuk tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan. Contoh ayat suruhan adalah seperti berikut:
Pergi dari sini!
Keluar dari bilik ini.
Baca cerpen itu sekarang.
Pujuk kanak-kanak itu.
5.4.2.2 Ayat Larangan
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti janganusah atautak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang daripada melakukan sesuatu, seperti dalam contoh di bawah:
Jangan ambil harta orang.
Usah dikenang lagi perkara itu.
Tak usah datang lagi.
Kamu jangan beritahu dia.
5.4.2.3 Ayat Silaan
Ayat silaan biasanya menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang seperti dalam berikut:
Sila datang ke pejabat saya.
Sila buat laporan di sini.
Jemput datang ke majlis kenduri anak kami.
Jemput masuk ke café kami.
5.4.2.4 Ayat Pemintaan
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan perkataan minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti dalam caontoh berikut:
Minta tuan benarkan kami masuk.
Minta kamu semua bertenang.
Tolong hantarkan jawapan anda segera.
Tolong selesaikan masalah ini.
5.4.3 Ayat Tanya
Ayat tanya digunkan utnuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya dapat digolongkan kepada empat jenis iaitu:
5.4.3.1 Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi di akhir ayat, seperti dalam contoh di bawah:
Puan Salmah suri rumah?
Mereka masih di dalam gua?
Amri menjadi pelukis?
5.4.3.2 Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apasiapaberapabilabagaimanadi mana, dan sebagainya. Contohnya adalah seperti yang berikut:
Apa (kah) benda itu?
Siapa (kah) gurunya?
Berapa (kah) harga sebuah telefon bimbitnya?
5.4.3.3 Ayat Tanya Terbuka
Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada ya atautidak sahaja.
Gurunya siapa?
Dari mana (kah) mereka datang?
Bila (kah) kita hendak berehat?
5.4.3.4 Ayat Tanya Tertutup
Ayat tanya tertutup ialah ayat tanya yang jawapannya ya atau tidak bukan sahaja.
Encik Razali askar (kah)?
Lisa (kah) yang menangis?
Sakit (kah) kanak-kanak itu?
5.4.4 Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram dan sebagainya. Biasanya di akhiri dengan tanda seruan (!) di akhir ayat, sama ada didahului dengan kata seru atau tidak. Kata seru yang seirng digunakan seperti ohamboiwahcissyabas dan sebagainya.
Oh, Tuhanku!
Wah, besarnya rumah abang!
Cis, berambus engkau dari sini!
Syabas, awak telah dinaikkan pangkat!
5.5 Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal. Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan keterangan.
Ayat majmuk mempunyai lebih daripada satu subjek dan / atau predikt dans eirng diiringi keterangan. Ayat-ayat majmuk boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan cara pembentukannya. Bentuk ayat-ayat majmuk adalah seperti berikut:
5.5.1 Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang digabungkan dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. Ayat-ayat tunggalnya boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.
Menulis dan melukis menjadi kegemarannya.
Pegwai itu nampak bengis tetapi dia sangat peramah.
Ammar berdiri tegak, memandang hadapan, terus ke masjid.
5.5.2 Ayat Majmuk Pancangan
Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Terdapat tiga bentuk ayat majmuk pancangan.
5.5.2.1 Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Ayat relatif biasanya dikenal dengan penggunaan perkataan ‘yang’ yang memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang.
Rakyat Afghanistan yang menderita itu sudah diberi bantuan.
*Rakyat Afghanistan sudah diberi bantuan (ayat induk).
*Rakyat Afghanisatan menderita (ayat kecil).
  1. Perompak yang menembak polis itu telah ditangkap.
  2. Orang yang rajin berusaha selalunya akan berjaya.
  3. Amin memakai songkok yang dijahit oleh Pak Samad.
5.5.2.2 Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Ayat komplemen ialah sebahagian ayat dalam binaan ayat majmuk yang berfungsi sebagai ulasan yang melengkapkan ayat tersebut. Kata hubung komplemen seperti ‘bahawa’ ‘untuk’ dan ‘demi’ digunakan untuk memancangkan ayat komplemen.
  1. Dia sudah mengetahui bahawa anaknya mendapat tempat di UIAM.
  2. Sungguh mustahil untuk pengganas bertapak di negara Malaysia.
  3. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anaknya berjaya.
5.5.2.3 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contoh kata hubung yang digunakan ialah ‘ketika’, ‘semoga’ ‘kerana’, ‘semasa’, ‘dengan’ dan ‘sungguhpun’.
  1. Kakak selalu berdoa semoga kami semua selamat.
  2. Mereka ke Mekah dengan menaiki kapal layar.
  3. Sungguhpun badannya letih Rahman tetap menghadiri majlis tahlil itu.
5.5.2.4 Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat demikian biasanya panjang seperti dalam contoh-contoh berikut:
  1. Aishah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya sudah letih dan
telah lama tidur.
  1. Kanak-kanak itu tersenyum kepada saya sambil menghulurkan
tangannya untuk bersalam, dan saya juga menghulurkan tangan saya
untuk bersalam dengannya.
  1. Semua pelajar sedar bahawa peraturan-peraturan itu penting dan
mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati
dengannya, peratutan-peraturan itu mesti dipatuhi.
5.5.2.5 Ayat Majmuk Pasif
Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk yang mengandungi kata kerja transitif. Pastikanlah supaya hanya bentuk pasif yang betul digunakan.
  1. Kami ditegur oleh pensyarah itu kerana tertidur dalam bilik kuliah.
    1. Komputer ini sering digunakan oleh pelajar ketika membuat kerja kursus.
    2. Kajian yang rumit itu dijalankan di sebuah makmal kuliah kejuruteraan UIAM.
Apabila membentuk ayat majmuk, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah penggunaan kata hubung yang tepat, peletakan tanda koma yang betul, dan penggunaan penanda komplemen ‘bahawa’ dan kata relatif ‘yang’ yang sesuai. Kesilapan dalam hal-hal ini boleh menimbulkan makna yang berlainan daripada yang sepatutnya, dan tidak kurang juga menyebabkan kesalahan tatabahasa.
Walaupun ada kecenderungan bagi kita untuk membina ayat majmuk yang kompleks dan berlapis, haruslah diingat bahawa ayat yang sederhana dan ringkas lebih baik. Ayat yang kompleks dan berlapis biasanya panjang, berbelit-belit dan sering kali sukar difahami.
5.6 Ayat Pasif
5.6.1 Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal (iaitu objek dalam   ayat aktifnya) sebagai perkara atau unsur yang diterangkan, manakala        subjek asalnya tidak diutamakan. Contohnya:
  1. i.            Dia menyediakan laporan itu.             (Ayat Aktif)
  2. ii.            Laporan itu disediakan olehnya.                   (Ayat Pasif)
5.6.2 Ayat Pasif dengan Kata Kerja Berimbuhan ‘di’ dan ‘ter’
  1. i.            Mereka ketinggalan komuter.
  2. ii.            Bajunya berjahit dengan benang sutera.
  3. iii.            Surat awak belum berjawab lagi.
5.6.3 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Orang Pertama dan Kedua
  1. i.            Kertas kerja itu sudah saya siapkan semalam.
  2. ii.            Persetujuannya harus awak sampaikan dengan segera.
  3. iii.            Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.
5.7 Ayat Songsang
Ayat dalam bahasa Melayu, selain wujud dalam susunan biasa, ayat boleh juga hadir dalam susunan songsang melalui proses pendepanan predikat. Dalam susunan ayat songsang unsur-unsur dalam konstituen prediakt yang biasanya hadir selepas predikat dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan, iaitu melalui proses pendepanan, seperti yang berikut:
5.7.1 Pendepanan Seluruh Predikat
Baik sungguh perangai budak itu.
Sangat rajin perempuan tua itu.
Tidak berguna lagi penyesalannya.
5.7.2 Pendepanan Sebahagian Predikat
Pendepanan FK
Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.
Terpaut hatiku oleh keimanannya.
Membuka perniagaan baru Encik Amrie tahun ini.
Pendepanan FA
Lesu badannya sepanjang masa.
Masih teguh lagi binaan surau itu.
Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.
Pendepanan FS
Untuk ibu doa ini.
Di Kuala Lumpur dia sekarang.
Kepada pekerjanya arahan itu.
Kesimpulannya ayat-ayat bahasa Melayu mempunyai unsur-unsur keunikan serta kelainan khususnya dari segi binaan, pola, jenis, ragam, bentuk dan susunan.
5.8 Klausa
Klausa ialah unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat. Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas (terikat).
Klausa bebas ialah klausa yang boleh beridiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna atau ditulis dengan kaedah yang betul. Sebaliknya klausa terikat tidak dapat berdiri sendiri.
Lihat contoh yang berikut ini:
dia berjaya                               Dia berjaya
(Klausa bebas)                         (Ayat)
kerana anda tekun berusaha             Kerana anda tekun berusaha
(Klausa terikat)                       (Bukan ayat)
Klausa bebas dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih luas dan kompleks seperti:
anda berjaya                            kerana anda tekun berusaha
(Klausa bebas)                       (Klausa terikat)
menjadi
Anda berjaya kerana anda tekun belajar
5.9 Subjek
5.9.1 Frasa Nama
Secara amnya, dalam bahasa Melayu, Frasa Nama (FN) sahaja yang dapat berfungsi sebagai subjek ayat.
Contoh AyatSubjek
  1. i.            Buku itu mahal harganya.
  2. ii.            Malaysia Negara berbilang kaum.
  3. iii.            “Negaraku” ialah lagu kebangsaan kita.
  4. iv.            Kenangan sering mengusik jiwa.
  5. v.            Pukulannya sungguh kuat.
Buku itu
Malaysia
Negaraku
Kenangan
Pukulan
5.9.2 Kata Ganti Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif
Subjek boleh juga terbentuk dariapada kata ganti nama dan kata kerja atau kata adjektif yang berfungsi sebagai Kata Nama.
  1. Kata Ganti Nama
Contoh AyatSubjek
  1. i.            Saya mempengerusikan majlis tersebut.
  2. ii.            Beliau akan menulis novel.
  3. iii.            Ini makmal kami.
saya
beliau
ini
  1. Subjek Kata Kerja dan Adjektif
Contoh AyatSubjek
  1. i.            Memasak menjadi kegemarannya.
  2. ii.            Bercakap memang mudah.
  3. iii.            Merah lambang keberanian.
  4. iv.            Lemah lembut sifat orang Timur.
memasak
bercakap
merah
lemah lembut

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...