Tuesday, January 2, 2018

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2)




LATAR

Latar masa
  • Waktu malam
  • Waktu pagi.
  • Waktu siang
  • Empat hari tiga malam
  • Ketika berusia tiga bulan
  • Peristiwa berlaku dalam tempoh seminggu

Latar tempat
  • Rumah Muzafar
  • Tasik Permai
  • Studio, Permai Resort
  • Beranda chalet, Permai Resort

Latar masyarakat
  • Masyarakat normal - terdiri daripada ibu Muzafar, Muzafar, Azizi, Nurul dan Haris
  • Masyarakat OKU - terdiri daripada Mizamir dan Lidia
  • Masyarakat yang mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam melaksanakan tugas.
  • Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarga.
  • Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan seseorang.
  • Masyarakat yang saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam menjayakan ekspedisi berkayak. 



GAYA BAHASA 

  • Penggunaan bahasa Arab - Insya-Allah, Assalamualaikum, Allah
  • Penggunaan bahasa Inggeris - rafting, commando rescue, water confidence
  • Metafora - darjah kesabaran, lautan mimpi, muka pintu ni
  • Simile - dia berpendirian macam wanita kolot pula
  • Personifikasi - bermesra dengan angin malam, diserbu oleh rasa sayu
  • Repetisi - Perasan awak pemuda paling kacak, paling tampan.
  • Paradoks - Dia amat disegani walaupun sudah bersara daripada tugasnya sebagai pegawai.
  • Sinkope -  Mak nak ke mana tu? Tunggulah dulu. Kan rakaman video ni belum habis ditayangkan?
  • Inversi - Begitulah saya diberitahu.


NILAI
  • Tanggungjawab
  • Prihatin
  • Ketegasan
  • Kasih sayang
  • Kerjasama
  • Baik hati
  • Kesyukuran
  • Kegigihan
  • Rasional
  • Hemah tinggi


PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah melayan orang kelainan upaya dengan baik supaya mereka tidak berasa tersisih atau dipinggirkan.
  2. Kita haruslah memberikan sokongan kepada golongan orang kelainan upaya mengembangkan minat mereka.
  3. Kita haruslah bersikap jujur dan berterus terang mengenai sebarang perkara yang penting.
  4. Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai alasan yang mengehadkan kita.
  5. Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
  6. Kita haruslah bersikap yakin diri untuk mencapai sesuatu kejayaan. 
  7. Kita mestilah berpendirian tegas dalam membuat keputusan.



 

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...