Tuesday, January 2, 2018

Bawod (Janathan Kandok)

KOMSAS Tingkatan 3 Bawod - Kupasan (Bahagian 1)

 
Bawod (Janathan Kandok)

Kupasan Bahagian 1 |  Entri Sinopsis Bawod di sini
Kupasan Bahagian 2 di sini.   


TEMA
Persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya.

PERSOALAN
  1. Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
  2. Kemiskinan dan kekurangan hidup bukanlah alasan untuk tidak berjaya dalam hidup.
  3. Kegigihan seorang murid dalam mengejar impiannya.
  4. Pentingnya fokus dalam pelajaran demi mencapai kejayaan cemerlang.
  5. Kepentingan pendidikan untuk menjamin masa depan.
  6. Pengorbanan dan kesetiaan antara manusia dan haiwan peliharaan.

PLOT

Permulaan
Beluntung bimbang akan keselamatan Bawod dan Tuyog, dua haiwan peliharaannya apabila paras air Sungai Layong naik.

Perkembangan
Beluntung gigih datang ke sekolah dengan menaiki Tuyog dan ditemani Bawod walaupun terpaksa meredah hujan dan laluan berlumpur kerana peperiksaan darjah enam semakin hampir. Rakan-rakan di sekolah mengejeknya kerana badan berbau kerbau. Beluntung tidak berasa hati kerana dia tekad hanya mahu fokus terhadap pelajaran. Beluntung mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Beluntung juga telah berjaya menjuarai perlumban kerbau dalam Pesta Lumba Kerbau peringkat kampungnya. Bapa Beluntung berasa gembira dengan kejayaan anaknya dan berhasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran.


Klimaks
Beluntung terkejut apabila mendengar suara embekan kambingnya. Ketika dia menuju ke arah suara kambingnya, kakinya tersepak tunggul kayu lalu dia pengsan. Setelah sedar dari pengsan, Beluntung menangis semahu-mahunya apabila mendapat tahu bapanya menyembelih Bawod untuk dijadikan lauk kenduri. Beluntung berasa sangat kecewa dengan tindakan bapanya.

Peleraian
Bapa Beluntung menyesali tindakannya yang menyembelih kambing kesayangan anaknya tanpa berbincang terlebih dahulu. Bapa Beluntung dan penduduk kampung berusaha memujuk Beluntung.


TEKNIK PLOT

Dialog
"Siapa membuang buku aku?"
"Aku!" kata Si Gemuk.
"Pungut dan letak balik atas meja aku!"


Pemerian
Cuaca mulai cerah. Halaman rumah mula kelihatan. Beluntung mula menyimpulkan bahawa Bawod dan Tuyog telah mati lemas. Dia kemudian menuju ke sungai untuk membasuh kakinya yang berlumpur. Ketika melintas pokok nangka, dia terdengar sesuatu. Dia berpatah balik dan mengamat-amati sesuatu yang bergerak-gerak tidak jauh dari pohon nangka yang rimbun. Dia mendapati Tuyog sedang mengunyah di hadapan Bawod yang menggigil kesejukan.

Imbas kembali
Menyedari Bawod terhenti, Tuyog mematikan langkah dan menoleh. Hujan yang sebentar tadi agak reda, tiba-tiba bertambah hebat lagi. Bawod menjerit-jerit seperti meminta tolong. Tuyog menguak. Mendengar Bawod dan Tuyog bersahut-sahutan, Beluntung tiba-tiba berasa bahawa merekalah sahabat yang setia. Apabila teringatkan kegigihan Bawod menyeberangi sungai, Beluntung terus sahaja teringat peperiksaan yang akan dihadapinya. Sambil memerhati Bawod yang bersusah payah menarik kakinya yang terbenam, Beluntung berjanji kepada dirinya dia akan belajar bersungguh-sungguh. Kalau Bawod boleh menyeberangi sungai, aku juga boleh lulus dengan cemerlang, bisik hatinya.

Imbas muka
Biar semua orang tahu bahawa Beluntung yang berbau kerbau menjadi pelajar yang terbaik SRK Timbang Pasir. Bapa akan gembira. Ibu akan gembira. Orang Kampung Layong tumpang gembira. Semua orang akan gembira.


WATAK DAN PERWATAKAN

Beluntung
  • Anak tunggal
  • Berumur dua belas tahun dan bersekolah di SRK Timbang Pasir.
  • Penyayang terhadap haiwan peliharaannya.
  • Bersikap rasional dalam membuat keputusan.
  • Bijak
  • Berani
  • Gigih
  • Rajin
  • Bertanggungjawab

Basil
  • Rakan sekelas Beluntung
  • Suka mengejek dan mentertawakan Beluntung
  • Suka mengganggu Beluntung di dalam kelas

Ayah
  • Bapa kepada Beluntung
  • Penyayang
  • Tidak berunding dengan Beluntung sebelum menyembelih Bawod

Bawod
  • Kambing peliharaan Beluntung.
  • Bersahabat baik dengan Tuyog, seekor kerbau.
  • Sangat setia kepada tuan dan sahabatnya.
  • Takut akan air hujan dan air sungai.

Tuyog
  • Kerbau peliharaan Beluntung.
  • Haiwan tunggangan Beluntung ke sekolah setiap hari.
  • Sangat setia kepada tuannya.
  • Gagah dan pantas berlari.



No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...