Tuesday, January 2, 2018

Kepentingan telefon bimbit

Talian komunikasi tanpa wayar atau telefon bimbit, ialah salah satu alat perhubungan atau komunikasi dan telah menjadi gaya hidup masyarakat dunia masa kini.  Memang tidak dapat dinafikan bahawa memiliki telefon bimbit banyak kelebihannya, mana tidaknya seseorang yang beribu-ribu batu jauhnya di pelosok dunia sekalipun dapat dihubungi juga.  Dengan adanya talian internet kita dapat mengetahui berita-berita penting dan terkini lebih cepat melalui telefon bimbit.
Alat perhubungan ini yang  pada satu ketika dahulunya dianggap barangan mewah, kini mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat dunia. Malahan, ada ibu bapa yang mampu menyediakan alat komunikasi ini kepada anak-anak mereka sejak di bangku sekolah rendah lagi bagi memudahkan mereka menghubungi anak-anak. Telefon bimbit dapat menyampaikan pesanan secara pantas dan berkesan dan boleh menyimpan pelbagai maklumat juga.
Tidak keterlaluan jika telefon bimbit dikatakan lebih penting daripada komputer dan internet kerana telefon bimbit tidak memerlukan kuasa elektrik. Rupa bentuknya yang comel dan praktikal dengan dilengkapi kamera, perakam video, SMS, GPRS, WAP, WiFi dan kemudahan 3G, Blackberry dan Iphone yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan teknologi terkini kita boleh melihat wajah siapa-siapa yang kita hubungi. Kini boleh menghubungi talian Internet juga bagi mengetahui berita yang dilaoprkan di luar Negara. Banyak yang diperoleh apabila kita dapat menggunakan Internet.
Lebih menarik lagi, telefon bimbit dapat menyimpan dan memaklumkan akan jadual harian. Pendek kata, telefon bimbit dapat menyelesaikan masalah yang selama ini sukar untuk dibuat. Dalam dunia hari ini anda akan dianggap ketinggalan zaman sekiranya tidak memiliki telefon bimbit.
Dalam pada itu, tidak dinafikan telefon bimbit juga boleh membawa kemudaratan. Misalnya telefon bimbit boleh menyebabkan berlakunya pembaziran jika disalahgunakan. Malahan sesetengah individu sanggup berhabis duit untuk menukar telefon mereka dengan model telefon terbaru. Bagi pelajar, ada yang sanggup mengikat perut asal sahaja talian tidak terputus. Hal ini, ditambah pula dengan tindakan para pelajar merakam aksi-aksi mereka yang mencolok mata lalu memuat turun rakaman tersebut di Youtube.

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...