Tuesday, January 2, 2018

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 1)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 1)


TEMA
Sikap prejudis sesetengah golongan masyarakat terhadap orang kelainan upaya (OKU).

PERSOALAN
  1. Minat dan keinginan orang kelainan upaya yang sama seperti orang biasa.
  2. Perlunya manusia sempurna lebih memahami orang kelainan upaya.
  3. Keberanian melakukan aktiviti lasak yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.
  4. Kebaikan aktiviti lasak yang mampu meningkatkan keyakinan diri.
  5. Hubungan persaudaraan dua beradik yang terpisah.
  6. Kasih sayang menjadi pengikat hubungan kekeluargaan.

PLOT

Permulaan
Muzafar memberitahu ibunya bahawa dia akan mengendalikan ekspedisi berkayak bersama sekumpulan orang cacat penglihatan. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakan Muzafar. Ibunya agak keberatan membenarkan Muzafar pergi dengan alasan bimbang akan keselamatan anaknya. Menurutnya, tindakan Muzafar itu akan menyusahkan diri kelak.


Perkembangan
Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta dengan baik. Keesokan harinya, Muzafar dan Azizi memberikan latihan berkayak kepada kumpulan tersebut dengan dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul dan Haris. Muzafar dapat merasakan persamaan wajah dan karakternya dengan seorang peserta kumpulan itu, iaitu Muzamir. Dia juga mendapat tahu kisah Muzamir yang diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika berusia tiga bulan disebabkan cacat penglihatan.

Klimaks
Muzafar memujuk ibunya untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak yang disertai para peserta cacat penglihatan. Ibu Muzafar enggan meneruskan menonton rakaman video apabila melihat wajah Muzamir dalam rakaman tersebut. Dia tergamam apabila melihat banyak persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan rakaman itu.

Peleraian
Muzafar mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal tatkala melihat reaksi ibunya. Muzafar semakin yakin bahawa dia mempunyai hubungan darah dengan Muzamir.


TEKNIK PLOT

Pemerian
Muzamir masuk ke dalam bahagian pertama pentas yang berlatarbelakangkan sebuah tasik yang bernama Tasik Permai. MUZAMIR berdiri di tepi tasik sambil bermonolog sendiri. Lampu fokus kepada MUZAMIR.

Dialog
MUZAFAR    : Saya nak ajak mak pergi ke tempat peranginan saya bekerja.
IBU             : Tak naklah, Zafar. Mak dah selalu benar ke sana.
MUZAFAR    : Saya bukan nak ajak mak bersiar-siar dekat sana.

Monolog
MUZAMIR    : Aduhai tasik! Damai sungguh hati ini apabila merasa kedinginan airmu. Ah! Tenteramnya jiwa ini mendengar airmu mengalir tenang. Tetapi, setenang itukah hati kami yang bertandang ke mari? Dan, setenang itukah juga hati orang yang menyambut kami di daerahmu ini?

Imbas kembali
MUZAMIR    : Entahlah, bang. Serba salah saya jadinya. Saya memang bersedia untuk mencurahkan ilmu dan kemahiran berkayak yang ada pada saya kepada semua orang, dan tak kira sama ada orang itu normal atau cacat. Tapi, apabila mengenangkan pandangan sayu mak sewaktu saya berangkat pagi tadi...(sebak)

Imbas muka
MUZAMIR    : Kalau Zam dan kawan-kawan Zam mengekalkan prestasi seperti siang tadi serta mengikut arahan abang dan Zafar, insya-Allah, Tasik Permai akan dapat Zam dan kawan-kawan takluki.


WATAK DAN PERWATAKAN

Muzafar
  • Anak tunggal, mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir.
  • Bapanya sudah meninggal dunia manakala ibunya bekas pegawai.
  • Rasional
  • Berani
  • Bertanggungjawab
  • Berpendirian tegas
  • Yakin
  • Amanah


Muzamir
  • Sebaya dan seiras dengan Muzafar.
  • Berasal dari Kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan telah diserahkan kepada keluarga angkat di Johor kerana kecacatannya.
  • Berani
  • Suka aktiviti lasak
  • Berterus terang


Ibu Muzafar
  • Seorang balu
  • Seorang pesara
  • Wanita yang disegani
  • Berfikiran terbuka
  • Berpandangan jauh
  • Bijak menyimpan rahsia


Azizi
  • Bertanggungjawab
  • Amanah
  • Tegas
  • Prihtatin

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...