Tuesday, January 2, 2018

Seloka Seloka Santap Istiadat (Za’ba)

Seloka Santap Istiadat
Maksud
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
Bukan santap hendakkan kenyang,
Santap santun dengan aturan.

Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut.
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman,
Sampai ke mulut mamah perlahan,
Tanda tidak gelojoh makan.
Selesai santap nasi —
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan
Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. Makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air.
Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua;
Dua suap, ketiga sudah,
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.

Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan
Ketujuh berkumur-kumur,
Ke delapan makan sirih;
Kelat jatuh ke rengkungan,
Seri naik ke peroman.

Selepas makan hendaklah berkumur-kumur. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri.
Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang silam.

Pengarang menjelaskan bahawa adab dan tatacara makan secara beradat dalam sesuatu majlis  telah diamalkan sejak zaman dahulu.
Za'ba
Kalung Bunga Za'ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka



Tema: Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

Persoalan
Nilai
Pengajaran
Persoalan adab sopan ketika makan
Sopan -santun
Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang makan.
Persoalaan keutamaan tatacara dan tertib semasa menjamu selera
Kepatuhan
Tetamu yang hadir hendaklah patuh dengan tatacara dan adab ketika makan
Persoalan kesederhanaan ketika menjamu selera
kesederhanaan
Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
Anafora
Santap beradat,
santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;

Repetisi
Santap beradat,santap istiadat,

Bahasa Istana
santap
Inversi
Bukan santap hendakkan kenyang,
Sepatutnya: santap bukan hendakkan kenyang
Metafora
Di dalam riwayat zaman yang silam.

Unsur Bunyi

Asonansi
(a)                       Perulangan vokal “a”

Kelima halwa juadah,

Aliterasi
(b)                      Perulangan konsonan “m”

Sampai ke mulutmamah perlahan,

Rima akhir
Rangkap 1: abacb
Rangkap 2: aaaabaa
Rangkap 3:aabcbc
Rangkap 5: ab

Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas atau tidak terikat.

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...