Tuesday, January 2, 2018

Petua mudah menulis Karangan Berpandu 1

Contoh soalan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan (KBR)
Berdasarkan gambar di bawah.  Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai makan buah-buahan tempatanPanjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Seperti contoh di atas soalan KBR meminta pelajar menghuraikan pendapat tentang sesuatu perkara dan sejak beberapa tahun belakangan ini soalan KBR yang berbentuk gambar tunggal amat jarang ditanya, sebaliknya lebih banyak soalan yang peta minda yang bermaklumat.  Oleh itu, tidak ada sebab  karangan pelajar boleh terpesong daripada kehendak soalan. Selain menanya tentang langkah-langkah…… seperti soalan contoh di atas, soalan KBR juga biasanya menanyakan tentang;
  • punca-punca (sesuatu keadaan/masalah)
  • cara-cara (mengatasi masalah)
  • sebab-sebab (sesuatu itu berlaku)
  • kesan-kesan
  • kebaikan-kebaikan
  • faedah-faedah
  • kepentingan-kepentingan
  • cabaran-cabaran
  • masalah-masalah dan lain-lain seumpamanya.
Petua mudah untuk menulis KBR ini ialah
  • Pendahuluan/ pengenalan:
Penanda wacana + Tema (ayat tajuk atau memperkenalkan tajuk secara ringkas dan tulis +  Persoalannya …(KS=Kehendak soalan)…..?
Negara kita kaya dengan pelbagai jenis buah tempatan yang bukan sahaja sedap dimakan, bahkan juga kaya dengan zat dan vitamin. Persoalannya apakah langkah-langkah untuk menggalakkan supaya orang ramai gemar makan buah-buahan tempatan?
  • Untuk isi- huraikan 3 sahaja; Mulakan ayat isi dengan antara sebab / punca-punca/ langkah-langkah/ kesan-kesan atau antara cara (kalau menggunakan perkataan antara, jangan diikuti dengan kata ganda, kerana antara sudah menunjukkan jamak).  Lihat cara penulisan KBR di bawah:
Perenggan 2
Antara …………………….(KS=Kehendak soalan) …… ialah ………………+ …………………..(isi 1)………………………………………………………………………… Saya berpendapat demikian kerana……………..atau Hal ini penting supaya………………………………………………………………………Contohnya, …………………………………………………………………
Selain itu, ………………………………………(isi 2)……………………………………………………………………………. Saya berpendapat demikian kerana………….atau….Tindakan tersebut penting supaya……………………………………………………. Tamsilnya…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Di samping itu/ Akhir sekali…………………………………………………..(isi 3)……………………………………….. Saya berkata demikian kerana…………………… atau ………Langkah/cara tersebut patut dilakukan supaya……………………………………….
Intihanya/Secara tuntas, …………..orang ramai akan gemar makan buah-buahan tempatan..jika …………………………………………………………………, bak kata orang tak kenal, maka tak cinta ………………………….. (masukkan peribahasa/ungkapan menarik/slogan)
Berdasarkan pengalaman mengajar, cara di atas amat berkesan terutamanya bagi pelajar yang lemah.  Biasanya kalau soalan berkisar tentang langkah-langkah dan  cara-cara, penanda untuk menghuraikannya ialah……supaya.  Kalau soalan berkisar tengan sebab-sebab dan kesan-kesan penanda untuk menghuraikannya ialah kerana.

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...