Tuesday, January 2, 2018

Petua mudah untuk meringkaskan karangan

PETUA MUDAH UNTUK MERINGKASKAN KARANGAN
  • Baca soalan (dah baca mestilah faham perkara pokok/tajuk petikan)
  • Baca petikan sekali lalu (walaupun cikgu tahu ada yang membaca terus mencari dan menggaris garis isi, tetapi sebaik-baik nya jangan berbuat begitu)
  • Baca petikan sekali lagi.  Pada kali ini barulah anda menggaris isi ringkasan
  • Sebaik-baiknya cari 6 isi. Garis dan nomborkan setiap isi supaya kita tahu jumlah isi yang sudah ditemui.
  • Tulis SATU isi dalam SATU ayat dengan AYAT SENDIRI  yang ringkas, tepat dan padat.
  • AYAT SENDIRI -Ayat sendiri bermaksud ayat yang tidak disalin bulat-bulat daripada petikan dari mula hingga akhir. Maksudnya ialah tiada perubahan perkataan, pengguguran atau penggantian perkataan dibuat. Menggunakan ayat sendiri bukan bermaksud pelajar mesti  melakukan perubahan seperti pengguguran perkataan atau penggantian perkataan atau penukaran satu atau lebih perkataan dengan perkataan lain yang difikirkan sesuai. Sebenarnya dalam jawaban ringkasan PMR pelajar tidak digalakkan menukarkan kata kunci jawaban kepada perkataan lain kerana hal ini mungkin akan mengubah maksud asal pertikan dan sudah tentu akan menyusahkan guru atau pemeriksa.
  • Guru patut menerangkan kepada pelajar tentang konsep ayat sendiri dalam jawaban ringkasan supaya para pelajar  tidak menulis jawaban yang menyimpang atau jauh berbeza dengan jawapan dalam skema jawaban peperiksaan.  Jika hal ini berlaku, sudah tentu markah untuk isi akan dipotong atau pun tiada markah jika isi tersebut terpesong daripada skema.
  • Sehubungan dengan itu, untuk memantapkan ayat ringkasan lagi para pelajar hanya perlu menambahkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai seperti berikut.

Antara _________________(ayat tajuk)_______________ialah _____________(isi 1)____________________. Seterusnya, ___________(isi 2)___________________.  Selain itu, _____________________(isi 3) __________________.  Begitu juga dengan _____________(isi 4)____________. Di samping itu, __________________(isi 5)____________________.  Akhir sekali, _______________(isi 6)__________________.
  • Penanda wacana lain yang boleh digunakan ialah seperti sementara itu, dalam pada itu, di sebalik semua itu dan lain-lain seumpamanya.
Berdasarkan pengalaman mengajar, petua ini amat berkesan terutamanya bagi pelajar-pelajar yang lemah.
Peringatan dalam meringkaskan karangan1.             Pelajar tidak boleh menyatakan pendapat ataupun pandangan sebaliknya hanya perlu menyatakan isi bedasarkan kehendak soalan.
  1. TIDAK BOLEH menyalin ayat dalam petikan bulat-bulat dari mula hingga akhir.
  2. Tidak boleh menggugur-gugurkan  ayat dan mencantumkannya menjadi satu ayat.
  3. Tidak boleh menyalin isi secara terpilih dan menulis ringkasan tanpa menggunakan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai.
  4. Ringkasan bermaksud menulis ISI PENTING berdasarkan soalan.
  5. Tulis isi ringkasan mengikut urutan isi dalam petikan.
  6. Tulis ringkasan hanya dalam SATU PERENGGAN dalam jumlah TIDAK MELEBIHI 80 patah perkataan.
Cara atau petua ini adalah pandangan peribadi penulis berdaraskan pengalaman mengajar.  Cara ini tidak semestinya betul dan bukan cara mutlak yang mesti diikuti, bak kata peribahasa lain padang, lain belalangnya. Lain orang, lain caranya.

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...