Saturday, January 8, 2011

Ujian Diagnostik Tatabahasa

Tatabahasa

Ujian Diagnostik

Soalan 1 hingga Soalan 8Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1Sudah _________ tahun lamanya, Pak Rahim bekerja di Belanda.
A
berpuluh
B
berbulan-bulan
C
berpuluh-puluh
D
berminggu-minggu
2_____________ remaja terlibat dengan gejala sosial kerana kurang perhatian daripada ibu bapa.
A
Suku
B
Separuh
C
Setengah
D
Sesetengah
3Polis telah berjaya menangkap ____________ orang penjenayah yang sangat dikehendaki itu.
A
kedua
B
dua-dua
C
kedua-dua
D
kedua-kedua
4
Baju pengantin itu dibuat ____________ kain yang bermutu tinggi. 
A
daripada
B
sejak
C
dalam
D
dari
5Janganlah mudah percaya _________ berita yang tidak tentu kesahihannya.
A
akan
B
kepada
C
dengan
D
tentang
6
Untuk mengatasi masalah kekurangan air di kawasan tersebut, air telah _________ oleh pihak berkuasa.
A
dicatu
B
dikawal
C
dihadkan
D
dibahagikan
7Malek Maidin ____________ nama sebagai lelaki pertama dari Asia Tenggara yang berjaya merenangi Selat Inggeris.
A
mengukir
B
menempa
C
menempah
D
membentuk
8
Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengacara itu hanya untuk __________ akal para peserta.
A
memikir
B
mencuba
C
menduga
D
merancang
Soalan 9 hingga Soalan 14Ayat-ayat yang dipaparkan mungkin betul dan mungkin salah. Jika ada kesalahan.Kesalahan itu telah ditanda dengan A , B atau C. Tandakan sama ada AB atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
9Para-para peserta diminta berada di padang pada pukul 3.00 petang.
A
Para-para
B
berada
C
pada
D
Tiada kesalahan
10Anda perlu menjawab semua soalan dalam masa satu suku jam.
A
menjawab
B
semua
C
satu suku jam
D
Tiada kesalahan
11Nota itu bertukar tangan daripada Zarida ke Yusri.
A
bertukar
B
daripada
C
ke
D
Tiada kesalahan
12Tempat itu dikhaskan oleh pelajar tahun pertama sahaja.
A
dikhaskan
B
oleh
C
pertama
D
Tiada kesalahan
13Hasri melambai-lambaikan tangan sambil senyum kepada ibunya.
A
melambai-lambaikan
B
sambil
C
kepada
D
Tiada kesalahan
14Helmi terbongkok mencari anak kuncinya yang hilang.
A
terbongkok
B
mencari
C
hilang
D
Tiada kesalahan
Soalan 15 hingga Soalan 20Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itumungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.Jika anda menganggap bahawa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendak menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahantandakan D.
15Ribu-ribu orang penonton membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil.
A
Beribu-ribu orang penonton
B
Ribuan orang penonton
C
Beribu orang penonton
D
Ribu-ribu orang penonton
16Para-para pemandu bas mini diingatkan agar mematuhi undang-undang jalan raya.
A
Para pemandu-pemandu bas mini
B
Para pemandu mini bas
C
Para pemandu bas mini
D
Para-para pemandu bas mini
17Majlis perasmian bangunan sekolah itu dimulakan dengan bacaan doa.
A
dimulakan akan bacaan doa
B
dimulakan oleh bacaan doa
C
dimulakan sebagai bacaan doa
D
dimulakan dengan bacaan doa
18Pelancong itu tanya pada saya jalan menuju ke Menara Kuala Lumpur.
A
Pelancong itu bertanya pada saya
B
Pelancong itu bertanya kepada saya
C
Pelancong itu menanyakan pada saya
D
Pelancong itu tanya pada saya
19Razlan terima sepucuk surat daripada rakannya di Kedah Darul Aman.
A
Razlan berterima sepucuk surat daripada
B
Razlan menerima sepucuk surat daripada
C
Razlan menerima sepucuk surat dari
D
Razlan terima sepucuk surat daripada
20Cikgu Hasimah mengajarkan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar di sebuah sekolah antarabangsa .
A
mengajarkan bahasa Melayu pada
B
mengajar bahasa Melayu kepada
C
mengajari bahasa Melayu kepada
D
mengajarkan bahasa Melayu kepada





Cuba banding jawapan

1.c
2.d
3.c
4.a
5.c
6.a
7.b
8.c
9.a
10.c
11.c
12.b
13.d
14.a
15.a
16.c
17.d
18.b
19.b
20.b

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...