Saturday, January 15, 2011

Karangan Fakta

Permainan Tradisional semakin dilupakan dan dipinggirkan.
Nyatakan langkah-langkah bagi menghidupkan permainan tradisional
tersebut .
Setiap rakyat di dunia ini ada permainan tradisional masing-masing .Begitu
juga rakyat Malaysia .Permainan tradisional seperti wau ,gasing dan congkak yang
popular suatu ketika dahulu kini semakin dipinggirkan dalam arus perdana .Pelbagai
langkah telah dilakukan bagi mengembalikan kegemilangan permainan tradisional
agar tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas .
Bagi mendekatkan rakyat dengan permainan tradisional , pelbagai langkah
dapat diadakan . Antaranya ,Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Warisan
mengadakan kempen dan promosi melalui media cetak dan media elektronik .
Lembaga Penggalak Pelancongan termasuk pihak pengurusan hotel disaran
mengedarkanbros ur dan buku panduan tentang permainan tradisional kepada para
pelancong yang menginap di hotel berkenaan .
Usaha seterusnya ialah menyediakan kawasan atau tapak khas kepada rakyat
untuk melakukan aktiviti permainan ketika hujung minggu atau semasa cuti sekolah .
Dengan adanya kawasan khas tersebut , golongan remaja dapatmemperse mbahkan
permainan tradisional sekali gus dapat menarik minat pelancong tempatan dan
pelancong asing mempelajarikaedah permainan berkenaan .
Untuk menyebarluaskan permainan tradisional Malaysia di peringkatglobal ,
peranan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dapat membantu pihak kerajaan .
Sebagai contoh , MAS telah menggunakan permainan wau sebagailogo korporat
syarikat berkenaan . Langkah ini tentulah dapat mmembantu mempromosi keunikan
tradisional rakyat Malaysia .
Usaha-usaha mengetengahkan permainan tradisional memerlukan kerjasama
daripada semua pihak . Tanpa sokongan daripada pelbagai pihak , permainan
tradisional ini mungkin akan berkubur danlup us ditelan zaman .
1.Permainan tradisional – permainan tradisi masyarakat
2.arus perdana – setiap bidang utama
3.brosur – risalah
4.mempersembahkan – mempertontonkan
5.kaedah – cara-cara ; langkah-langkah
6.global – meliputi seluruh dunia
7.logo – lambang khas yang mempunyai maksud
8.luput – hilang ; luput

No comments:

Post a Comment

Tenang-tenang Air di Tasik (Bahagian 2)

KOMSAS Tingkatan 3 Tenang-tenang Air di Tasik - Kupasan (Bahagian 2) E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Faceb Kongsi ke...